BERITA AKADEMIK MAAC

Berita, Aktiviti & Pengumuman Terkini MAAC

Notis Mesyuarat Agung Tahunan 2026

Notis Mesyuarat Agung Tahunan 2026

Ruj. Kami: MAAC/2026AGM/001

Tarikh: 02 JANUARI 2026

 

SEMUA AHLI BERDAFTAR MAAC

 

Y.Bhg. Prof./Prof. Madya/Ts./Dr./En.

 

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KONGRES PERSATUAN AKADEMIK MALAYSIA (MAAC) BAGI TAHUN 2026

Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa MAAC akan mengadakan Mesyuarat Agung sebagaimana butiran berikut:-

 

a) Tarikh : Khamis, 22 Januari 2026

b) Masa : pendaftaran bermula jam 8.30 pagi

c) Tempat : Hibrid

Fizikal di Bilik Persidangan, Tingkat 5, 

Fakulti Ekonomi dan  Muamalat, USIM, Nilai 

Online- link akan diberikan kemudian kepada yang berdaftar

 

3. Aturcara program sempena mesyuarat adalah seperti berikut:-

Masa Agenda Perkara

8.30 pagi Pendaftaran 

Sarapan pagi

9.30 pagi FORUM Khas sempena AGM MAAC

10.30 pagi Morning Break

11.00 pagi AGM MAAC

Agenda 1 Ucapan Pengacara Majlis 

Agenda 2 Bacaan Doa

Agenda 3 Ucapan Presiden MAAC

Agenda 4 Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat agung 2024 bertarikh 22 Februari 2025

Agenda 5 Perkara Berbangkit

Agenda 6 Pembentangan dan Pengesahan Laporan Aktiviti Tahun 2025 MAAC oleh Setiausaha

Agenda 7 Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan Berakhir 31 Disember 2025 oleh Bendahari

Agenda 8 Pembentangan dan Pembahasan Usul-usul (Jika ada)

Agenda 9 Pembubaran AJK 

Agenda 10 Perlantikan Pengerusi Mesyuarat Sementara dan Pencatat Minit Mesyuarat

Agenda 11 Pemilihan Ahli Jawatankuasa baru Penggal 2026-2028

i.             Satu (1): Presiden

ii.            Satu (1): Timbalan Presiden

iii.           Tiga (3) : Naib Presiden

iv.           Satu (1): Setiausaha

v.            Satu (1): Bendahari

vi.           Satu  (1) : Penolong Setiausaha

vii.          Satu (1):  Penolong Bendahari  

viii.          Tujuh (7): AJK Biasa

 ix.          Dua (2) : Juruaudit

Agenda 12 Ucapan Penangguhan Presiden MAAC Penggal 2026-2028

1.00 t/h Majlis Bersurai



4. Dalam hubungan ini semua ahli Berdaftar MAAC adalah dijemput hadir ke mesyuarat Agung ini dan jika mempunyai sebarang usul, pengesahan kehadiran dan pencalonan bagi jawatan dipertandingkan boleh disempurnakan menerusi link berikut: https://tinyurl.com/AGMMAAC. Adalah dimaklumkan link ini hanya akan diberikan kepada yang mendaftar menerusi link ini dan akan diemel selewat-lewatnya sehari sebelum AGM.

 

5. Sebarang kemusykilan boleh berhubung dengan saya Dr. Mazlan bin Che Soh Setiausaha MAAC melalui email (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) Whatsapp ke talian 016-2095409. Usul dan pencalonan dikemukakan selewat-lewatnya pada atau sebelum 17 Januari 2026. Kerjasama dari semua amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

  

Sekian, Terima Kasih.

 

Yang menjalankan amanah

 

 

 

DR. MAZLAN BIN CHE SOH

Setiausaha

Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC)

 

s/k: Presiden – Prof dijemput mempengerusikan mesyuarat

KUNJUNG HORMAT KE JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)

KUNJUNG HORMAT KE JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)

Majlis kunjung hormat ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertempat di ibu pejabat JPA, Putrajaya oleh pihak Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) telah berlangsung pada 09 September 2024.  Delegasi MAAC telah diketuai oleh Presidennya, Prof Dr. Ahmad bin Ismail, serta turut disertai oleh sebelas orang Exconya. Manakala pihak JPA pula diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), YBhg Datuk Dr. Anesee Ibrahim mewakili Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Turut bersama beliau adalah YBhg Dato’ Pauzan bin Ahmar, Pengarah Bahagian Perjawatan dan Organisasi , JPA,  Puan Hasmarulaini binti Omar, Pengarah Bahagian Gaji dan Elaun, JPA dan beberapa orang lagi pegawai kanan mewakili beberapa bahagian JPA yang lain. Pertemuan telah berlangsung penuh muhibbah dengan kedua belah pihak bertukar-tukar pandangan serta idea, demi untuk kebaikan bersama, khusus dalam usaha mengangkat martabat akadmeia di negara ini, sebagai sebuah profesion yang memainkan peranan besar dalam pembangunan modal insan. Beberapa perkara telah dibangkitkan oleh pihak MAAC sepanjang pertemuan hampir dua jam ini dengan pihak JPA mengalu-alukan pertemuan susulan pada masa yang akan datang.

MAAC hadir sesi khas bersama YB Menteri Pendidikan Tinggi

MAAC hadir sesi khas bersama YB Menteri Pendidikan Tinggi

Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) telah menerima jemputan dari pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ke Siri Dialog Wakil Kesatuan Akademik Universiti Awam bersama YB Menteri Pendidikan Tinggi ang telah diadakan pada 27 Jun 2024 bertempat di Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur.

MAAC adakan Bengkel Perancangan Strategik

MAAC adakan Bengkel Perancangan Strategik

Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) telah menganjurkan Bengkel Perancangan Strategik pada 18 hingga 20 Julai 2024 bertempat di Grand Dorsett Subang. Bengkel ini sebaik sahaja MAAC selesai mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada 11 Mei 2024 bagi memilih Ahli Jawatankuasa baru.

Mesyuarat Agung Tahunan 2022

Mesyuarat Agung Tahunan 2022

AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

KONGRES PERSATUAN AKADEMIK MALAYSIA (MAAC) KALI KE-5 TAHUN 2022

Universiti perlu beri peranan, pengiktirafan sewajarnya kepada Prof Emeritus - MAAC

Universiti perlu beri peranan, pengiktirafan sewajarnya kepada Prof Emeritus - MAAC

SEREMBAN, 16 Feb -- Para cendiakawan yang bergelar Profesor Emeritus perlu diberikan peranan dan pengiktirafan sewajarnya daripada universiti agar mereka boleh terus menyumbang kepada kemajuan akademik.